Saturday, 19 September 2015

KEMUNCULAN MAT KILAU



KEMUNCULAN MAT KILAU

Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau , bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.

Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuah Jawatankuasa Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato’ Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaitu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth telah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun.

Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahun beliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Terengganu untuk  belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali  ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir oleh beliau..

Apabila Dato’ Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .

No comments:

Post a Comment